Isnin, 18 Julai 2011

PEMBINAAN TUGU FELDA HANYA 1 DIDUNIA




PROGRAM : PEMBINAAN TUGU FELDA HANYA 1 DI DUNIA
TARIKH : 17 JULAI 2011
TEMPAT : TEBING PEJABAT FELDA GUNUNG BESOUT 1

Ahli MBFM Besout 1 telah mendapat mandat dari JKKR Besout 1 untuk membina tugu 'Felda Hanya 1 Di Dunia" dalam salah satu program kecantikkan kawasan felda. Dalam Membina tugu ini persatuan belia telah dapat melakukan dengan jayanya kerana wujudnya semangat kerjasama, kretiviti dan daya usaha yang gigih. Tebing tegak yang selama ini dipenuhi dengan semak samun telah berjaya didirikan satu monumen yang bernilai. Selain itu ada juga ahli belia yang menyumbangkan air mineral bagi menghilangkan dahaga sahabat-sahabat yang berkerja.