Isnin, 27 April 2009

GOTONG - ROYANG GELANGANG TAKRAW





Tarikh 26-4-09
Tempat Padang awam felda Gunung Besout 1

Jumaat, 10 April 2009

MAJLIS BELIA FELDA GUNUNG BESOUT 1

PENGENALAN

Persatuan Belia (MBFM) Felda Gunung Besout 1 adalah satu organisasi yang berjuang mendukung cita-cita Negara demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa,agama dan negara.Persatuan Belia (MBFM) Felda Gunung Besout 1 telah didaftarkan dibawah Seksyen 10 Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007.Persatuan Belia ini ditubuhkan dan didaftarkan secara rasmi pada 02 Mac 2009 .Bilangan ahli yang didaftarkan sehingga Julai 2009 adalah seramai 100 orang yang terdiri dari belia/beliawanis FELDA Gunung Besout 1.



OBJEKTIF PERSATUAN

Untuk menggalakkan dan memantapkan pergerakan persatuan belia di dalam Rancangan.

Menggalakkan belia/beliawanis di rancangan mengambil tanggungjawab yang penuh dalam lapangan sivik dan penghidupan masyarakat.

Menjadikan generasi baru Felda yang kreatif dan berinovasi serta mantap dalam menghadapi masa depan yang lebih mencabar.

Melahirkan belia FELDA yang berilmu,beriman dan sanggup berkorban demi bangsa,agama dan negara.

Khamis, 9 April 2009

PERLEMBAGAAN MAJLIS BELIA FELDA

Fasal 1

Nama

Pertubuhan ini dikenali sebagai nama Majlis Belia(MBFM) Felda Gunung Besout 1


Fasal 2

Alamat

Alamatnya d/a Bangunan Belia
Persatuan Belia (MBFM) Felda Gunung Besout 1
35600 Sungkai Perak
dan pejabatnya akan ditetapkan dari masa ke masa dalam Mesyuarat Agung dengan persetujuan Pendaftar Pertubuhan Belia

FASAL 3
LOGO,BENDERA,COGANKATA DAN PAKAIAN RASMI

3.1 LOGO
Lambang MAJLIS terdiri daripada satu perisai dengan gambar tiga manusia yang mengangkat tangan ke atas dan diapit oleh bunga pada kiri dan kanan.Ini mencerminkan semangat perpaduan,kerjasama serta kegiatan-kegiatan MAJLIS.Warna yang digunakan ialah hitam,merah dan putih serta bunga padi dijadikan lambang kegiatan pertanian oleh belia-belia.

3.2 Bendera
Warna Oren dan Putih dan berlogokan MBFM

3.3 COGANKATA
Berilmu Berbudaya Berketerampilan

3.4 PAKAIAN RASMI
Kemeja berwarna putih dan berlogo MBFM

FASAL 4
ASAS DAN TUJUAN
MBFM adalah pertubuhan belia yang berjuang mendukung cita-cita Negara Malaysia demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa dan negara

4.1 Untuk menggalakkan dan menguatkan pergerakan persatuan belia di dalam Rancangan FELDA di seluruh Malaysia.
4.2 Untuk menjadi satu badan perunding dan penyelaras yang akan menyusun pergerakan belia di setiap Rancangan FELDA Malaysia di seluruh Malaysia
4.3 Untuk mengembangkan dan menguatkan perhubungan antara persatuan-persatuan belia di setiap negeri dan Wilayah dengan mengadakan perhimpunan dan pameran dan sosial.
4.4 Untuk mewakili belia FELDA dan memajukan sokongan kepada kerajaan dan badan-badan yang diakui sah.

4.5 Untuk menggalakkan dan memajukan pemimpin-pemimpin dewasa mengambil berat peranan belia.
4.6 Untuk menumpukan taat setia kepada Negara,menggalakkan fahaman di dalam hidup aman damai antara kaum melalui pergerakan belia.
4.7 Untuk menggalakkan persatuan belia di dalam FELDA mengambil tanggungjawab penuh di dalam lapangan sivik dan penghidupan masyarakat.

4.8 Untuk menyokong dan memberi kerjasama di dalam rancangan pembangunan kemajuan luar bandar.

4.9 Menyebar dan mengeluarkan penyiaran,penerbitan dan penerangan di atas kegiatan-kegiatan belia MBFM khasnya dan belia lain amnya,dengan kebenaran pihak berkuasa terlebih dahulu.

4.10 a) Menjalan,mentadbir,menguasa dan meyediakan apa-apa perniagaan persendirian atau perkongsian atau secara perusahaan bersama dengan sesiapa orang jua pun,perbadanan yang difikirkan sesuai oleh MAJLIS

b) Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh MAJLIS ini,hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-semata melanjutkan,memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan MAJLIS ini,dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli MAJLIS.Sungguh pun begitu,peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran gaji atau perbelanjaan atau kedua-dua sekali kepada sebarang ahli atau pekerja MAJLIS ini kerana memberikan perkhidmatan kepada MAJLIS.

4.11 Mengadakan dan menjalankan kutipan derma atau apa-apa kutipan faedah tabung MAJLIS tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa jika kebenaran.

FASAL 5
KEAHLIAN
5.1 Ahli-ahli MBFM ada tiga jenis :
a) Ahli Biasa
b) Ahli Kehormat
5.2 Ahli Biasa ialah warganegara Malaysia dan seorang ahli biasa hendaklah :
a. Ahli biasa ialah warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun hingga 40 tahun pada tahun berkenaan melainkan seseorang itu masih lagi menjadi Jawatankuasa atau dipilih.

b. Mengaku menurut syarat –syarat menjadi ahli,sanggup menerima dan menurut Perlembagaan dan dasar-dasar MBFM.

c. Tidak menjadi ahli atau memegang apa-apa jawatan sebarang pertubuhan belia yang lain kecuali badan beruniform.

5.3 Seorang Ahli Kehormat hendaklah :
(a) Orang-orang perseorangan yang dipilih oleh Jawatankuasa di semuaperingkat dan berumur tidak kurang 15 tahun dan tidak melebihi 40 tahun

(b) Mengaku menurut syarat-syarat menjadi ahli,sanggup menerima dan menurut Perlembagaan dan dasar-dasar MBFM.

(c) Tidak menjadi ahli atau memegang apa-apa jawatan sebarang pertubuhan Belia yang lain.

FASAL 6
PENDAFTARAN KEAHLIAN

6.1 Tiap-tiap belia,generasi baru dan warga Felda berhak mendaftar diri sebagai ahli MBFM mengikut perlembagaan dan peraturannya.
6.2 Permohonan mendaftar diri sebagai ahli biasa hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Cawangan yang dikehendaki menerima dan meluluskan permohonan tersebut.
6.3 Borang pendaftaran menjadi ahli hendaklah ditandatangani oleh pemohon dan seorang pencadang dari ahli daripada Cawangan di mana ia memohon menjadi ahli dan hendaklah disertakan bayaran pendaftaran dan yuran mengikut Fasal 30.1 dalam perlembagaan MBFM
6.4 Jika pemohon tidak didaftar sebagai ahli dalam satu bulan,ia boleh melapor hal ini kepada Jawatankuasa Wilayah dan Jawatankuasa Wilayah mesti mengarah Jawatankuasa Cawangan mendaftar pemohon tersebut sebagai ahli.

6.5 Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan berhak membuat apa-apa keputusan atas mana-mana permohonan pendaftaran keahlian atau taraf sesuatu pendaftaran itu(termasuk menarik balik pendaftaran)dan keputusan itu adalah muktamad.

FASAL 7
SUSUNAN DAN PENTADBIRAN CAWANGAN MBFM

7.1 Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan berkuasa menubuh,menggantung dan membubarkan Cawangan setelah terlebih dahulu berunding dan merujuk kepada Jawatankuasa Kerja MBFM Wilayah berkenaan.
7.2 Selain dari Rancangan Felda,MBFM boleh ditubuhkan di dalam mana-mana kawasan yang mempunyai entiti Felda.
7.3 Tertakluk kepada Perlembagaan dan Peraturan Mesyuarat Agung Tahunan MBFM,perjalanan Cawangan MBFM adalah berasaskan kepada kuasa dan perintah Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan MBFM.


7.4 Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan MBFM hendaklah terdiri daripada: 
a. Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan MBFM
b. Ahli-ahli MBFM yang telah menjelaskan yuran tahunannya mengikut Fasal 30.1 MBFM.

7.5 Tugas-tugas Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan MBFM ialah :
Membincangkan dasar MBFM untuk dikemukakan kepada mesyuarat Perwakillan Wilayah.
Mengkaji kerja-kerja yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Cawangan MBFM.
Mengadakan rancangan-rancangan kerja untuk kerja untuk faedah rakyat.
Memilih Ahli-ahli Jawatankuasa tertakluk kepada Fasal 25.
Memilih dua orang Pemeriksa Kira-kira mengikut Fasal 32.

FASAL 8
JAWATAN KUASA CAWANGAN PERSATUAN 
8.1 Jawatankuasa Kerja Cawangan Persatuan Mengandungi :-
Seorang Pengerusi
Seorang Naib Pengerusi
Seorang Naib Pengerusi 2 ( wanita )
Seorang Setiausaha
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari
Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Cawangan yang terdiri daripada 7 orang yang dipilih bagi 50 atau kurang orang ahli pertama dan tambahan seorang bagi setiap 50 orang ahli berikutnya.8.2

8.2 Setiausaha ,Bendahari,Penolong Setiausaha tidak dipilih dalam mesyuarat agung tetapi dilantik oleh Pengerusi dan tidak lebih dari tiga(3) orang ahli.Jawatankuasa juga adalah dilantik atas kuasa Pengerusi Cawangan dan akan memegang jawatan mereka selama tempoh Jawatankuasa Cawangan yang berkenaan kecuali mereka berhenti atau diberhentikan oleh Pengerusi Cawangan.
.
8.3 Jawatan Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan MBFM tidak menjadi kosong disebabkan seseorang ahli itu telah dilantik menjadi Pegawai mengikut Fasal 25.2.

8.4 Jawatankuasa Cawangan MBFM hendaklah bersidang sekurang- kurangnya dua bulan sekali, atau pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Pengerusi atau dengan permintaan bersurat daripada satu pertiga Ahli Jawatankuasa Cawangan MBFM.

8.5  Jika Setiausaha tidak memanggil mensyuarat mengikut fasal 23.3 dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh permohonan itu dibuat maka ahli yangmemohon boleh memanggil mensyuarat itu dengan syarat semua Ahli Jawatankuasa Cawangan dijemput hadir.

8.6 Satu perdua daripada Ahli Jawatankuasa adalah menjadi cukup bilangan bagi menjalankan mesyuarat.

8.7 Sekiranya seseorang Ahli Jawatankuasa yang dipilih tiada lagi memegang jawatannya maka jawatan itu tidak boleh diganti.

8.8 Jika Pengerusi Cawangan berhenti atau diberhentikan maka Naib Pengerusi mengikut kekananan akan memangku jawatan itu dan jika Pemangku Pengerusi itu berhenti juga atau diberhentikan maka salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa boleh dilantik memangku jawatan itu.

8.9 Jika Pengerusi dan Naib-Naib Pengerusi tidak hadir di dalam Mesyuarat Jawatankuasa maka salah seorang daripada ahli-ahli yang hadir itu boleh dilantik menjadi Pengerusi.

FASAL 9
TUGAS AHLI JAWATANKUASA KERJA CAWANGAN MBFM
9.1 Pengerusi 
Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Kerja
Menjadi Pengerusi dan bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan pengurusan pertubuhan belia.
Melantik Setiausaha,Penolong Setiausaha dan Bendahari pertubuhan belia dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja.
Menandatangani cek pertubuhan belia bersama-sama Bendahari pertubuhan belia.
 
9.2 Naib-Naib Pengerusi
Menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi
Membantu Pengerusi melaksanakan tanggungjawab mentadbir dan mengurus pertubuhan belia.

9.3 Setiausaha 
Bertanggungjawab kepada Pengerusi
Melaporkan kepada Pengerusi segala tindakan berkaitan pentadbiran dan pengurusan pejabat pertubuhan belia.
Mengendalikan surat-menyurat,penyimpanan rekod,fail dan dokumen pertubuhan belia.
Mengemaskini daftar ahli pertubuhan belia.
Menghadiri semua mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan membuat catatan minit mesyuarat.
Menguruskan persediaan,pelaksanaan dan pelaporan Mesyuarat Agung Tahunan pertubuhan belia.
Mengemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan Belia dalam masa 60 hari selepas berakhirnya setiap tahun calendar,penyata tahunan pertubuhan belia sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 22,Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.
 
9.3 Bendahari 
Menguruskan hal berkaitan kewangan pertubuhan belia.
Menyedia dan membentangkan Penyata Kewangan pertubuhan belia bagi tujuan Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja.
Menandatangani cek pertubuhan belia bersama-sama Pengerusi.
Mengemaskini semua rekod kewangan pertubuhan.
Mengutip semua jenis yuran atau bayaran yang dikenakan daripada ahli pertubuhan belia.
Menguruskan persediaan,perlaksanaan dan Mesyuarat Agung Tahunan pertubuhan belia.
Mengemukakan kepada Pendaftar Petubuhan Belia dalam masa 60 hari selepas berakhirnyasetiap tahun calendar,penyata tahunan pertubuhan belia sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 22,Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007
 

9.5 Penolong Setiausaha
Membantu Setiausaha dalam pelaksanaan tugas-tugasnya .
Menjalankan tugas Setiausaha semasa ketiadaan beliau.

9.6 Ahli Jawatankuasa
 Mempengerusikan Jawatankuasa Kecil yang dibentuk oleh Jawatankuasa
Kerja Cawangan MBFM.
Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Kecil yang dipengerusikannya.
Membantu dalam pentadbiran dan pengurusan pertubuhan belia secara keseluruhan.
Memastikan Jawatankuasa Kecil yang dipengerusikannya melaksanakan aktiviti dan fungsinya

Selasa, 7 April 2009

CARTA ORGANISASI



AHLI JAWATANKUASA

1. FARIDAH BINTI SAMSUDIN ( KETUA BIRO PENDIDIKAN)
2.MUZAFAR BIN DARUS (KETUA BIRO AGAMA)
3. MOHD HANIF BIN MAT SALEH (KETUA BIRO EKONOMI)
4. MOHD RAZI BIN MOKHTAR (KETUA BIRO SUKAN )
5.MOHD FAZRIN BIN HASHIM ( KETUA BIRO MASYARAKAT DAN KEBUDAYAAN)
6. AZMAN BIN IBRAHIM
7. MOHD REDZUAN BIN ROSLAN
8. MOHD AFENDI BIN ABDULLAH
9. MAZURA BINTI MASTOR
10. NORAINIE BINTI SHAFIE
11. MOHD AZMIL BIN BAHARUN

Ahad, 5 April 2009

TAKWIM