Ahad, 24 Julai 2011

KARNIVAL IKTIRAF 2011




PROGRAM : KARNIVAL IKTIRAF 2011
TARIKH : 23 JULAI 2011
TEMPAT : FELDA LAWIN SELATAN

Karnival Iktiraf (ikatan hati warga felda) wilayah Trolak pada tahun ini telah dijalankan di Felda Lawin Selatan. Di karnival ini juga penyampaian hak milik penaroka Felda Lawin Selatan dan Felda Lawin Utara. MBFM telah menghantar satu kontijen seramai 40 orang perserta dan pegawai untuk menyertai pertandingan yang dijalankan di samping memeriahkan lagi karnival.

Isnin, 18 Julai 2011

PEMBINAAN TUGU FELDA HANYA 1 DIDUNIA




PROGRAM : PEMBINAAN TUGU FELDA HANYA 1 DI DUNIA
TARIKH : 17 JULAI 2011
TEMPAT : TEBING PEJABAT FELDA GUNUNG BESOUT 1

Ahli MBFM Besout 1 telah mendapat mandat dari JKKR Besout 1 untuk membina tugu 'Felda Hanya 1 Di Dunia" dalam salah satu program kecantikkan kawasan felda. Dalam Membina tugu ini persatuan belia telah dapat melakukan dengan jayanya kerana wujudnya semangat kerjasama, kretiviti dan daya usaha yang gigih. Tebing tegak yang selama ini dipenuhi dengan semak samun telah berjaya didirikan satu monumen yang bernilai. Selain itu ada juga ahli belia yang menyumbangkan air mineral bagi menghilangkan dahaga sahabat-sahabat yang berkerja.

Ahad, 10 Julai 2011

KEJOHANAN BOLA JARING




PROGRAM : PERTANDINGAN BOLA JARING ANJURAN PUTERI UMNO
TARIKH : 9 JULAI 2011
TEMPAT : PADANG AWAM SUNGKAI

Sekumpulan serikandi MBFM Besout 1 telah menyertai pertandingan bola jaring di padang awam Sungkai. Serikandi- serikandi ini telah menunjukkan semangat berpasukan, juang dan tolerensi yang amat baik sekali dalam pertandingan ini.

Jumaat, 1 Julai 2011

PEMBINAAN TUGU FELDA HANYA 1 DIDUNIA (Fasa 2)




PROGRAM : PEMBINAAN TUGU FELDA HANYA 1 DI DUNIA (Fasa 2)
TARIKH : 31 JULAI 2011
TEMPAT : TEBING PEJABAT FELDA GUNUNG BESOUT 1

Dalam kesibukkan untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak ahli-ahli MBFM Besout 1 tetap gigih menyiapkan tugu 'FELDA HANYA 1 DI DUNIA' yang telah di amanahkan kepada mereka. Kegigihan ini telah membawa YB Datuk Khusairi untuk datang sendiri melawat proses pembikinan tugu ini. Syabas kepada MBFM Besout 1.