TARIKH : 12-2-2011
HARI : SABTU
TEMPAT : BALAI RAYA BESOUT 1
MASA : 2.00 PETANG - 5.00 PETANG
Mesyuarat Agung MBFM Besout 1 kali ini dijalankan bertujuan untuk memilih barisan AJK baru yang bakal menerajui MBFM Besout bagi sessi 2011/2014. Ia Telah dirasmikan oleh En Sambas bin Palil yang merupakan pengurus Felda Gunung Besout 1. Beliau telah mengingatkan bahawa belia perlu menyiapakan diri untuk menghadapi masa depan. Selain itu beliau juga mengingatkan ahli belia supaya jangan berebut harta pusaka yang ditingalkan oleh generasi pertama iaitu penaroka. Belia menyarankan agar generasi ke dua mengambil peluang dalam belia untuk masa depan mereka.
Dalam majlis ini, En Sambas bin Palil juga telah menyampaikan cenderahati kepada barisan ajk MBFM 2009/2011 sebagai tanda penghargaan ke atas jasa mereka selama ini.Beliau juga mengingatkan dalam pemilihan kali ini jangan ada unsur-unsur politik dan kronirisme dalam pemilihan ajk yang bakal menarajui belia disamping mengingatkan belia agar memilih orang yang boleh memimpin dan memajukan lagi MBFM Besout 1.